|
22 Mar 2025 Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan Setelah 68 tahun kemerdekaan, ini adalah kali pertama diadakan sambutan Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia pada tanggal 13 April 2025 akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami, masyarakat Siam Malaysia kepada YB Aaron Ago Dagang dan Kementerian Perpaduan Negara yang sudi mengetengahkan sambutan tahun baru Siam ke peringkat kebangsaan. Kolaborasi Persatuan SIAM Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara pada kali ini adalah usaha mempertingkatkan semangat perpaduan melalui konsep Harmoni Madani iaitu FAHAM, HORMAT dan TERIMA. Pengurusan Persatuan Siam Malaysia sentiasa mendokong usaha Kerajaan Madani dibawah pimpinan YAB Anwar Ibrahim dalam usaha untuk mempertingkatkan perpaduan kaum dan pemerkasaan jenama Masyarakat Madani. Dicipta Oleh: Persatuan Siam Malaysia |